• qxif-facebook-square
  • qxio-social-youtube
  • qxio-ios-telephone
  • qxio-search

Notis Penting: 
Pendaftaran Untuk Dana Bantuan Banjir Tzu Chi 
Kawasan KL & Selangor DITUTUP

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa

  1. Khabar angin mengenai pendaftaran untuk kumpulan kedua dana bantuan banjir Tzu Chi pada 21-23/2, yang tersebar baru-baru ini, BUKAN pengumuman rasmi daripada Tzu Chi.
  2. Pendaftaran untuk dana bantuan banjir Tzu Chi kawasan KL & Selangor telah DITUTUP dan TIADA LAGI permohonan yang akan diterima.
  3. Proses pendaftaran permohonan dana bantuan banjir Tzu Chi pada 21 - 23/2/2022 di Dewan Jing Si Tzu-Chi KL DIBATALKAN.

Yayasan Tzu Chi merupakan organisasi bukan keuntungan yang menjalankan misi bantuan kemanusiaan. Tzu Chi telah menggerakkan sukarelawan ke kawasan yang dilanda banjir untuk mengagihkan makanan panas dan bekalan kecemasan, memberikan bantuan pembersihan pasca banjir kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas. Usaha bantuan Tzu Chi telah dimulakan sejak banjir melanda pada 18 Disember 2021.

Memandangkan kawasan banjir yang terjejas amat luas, sukarelawan Tzu Chi hanya berupaya membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk mengumpul senarai nama mangsa banjir di kawasan tertentu. Dijangka bahawa sumbangan ihsan akan diagihkan kepada 16,000 isi rumah yang terjejas pada masa ini.

Dana Tzu Chi merupakan sumbangan orang ramai. Kami berasa kesal hati atas bantuan yang diberi tidak dapat meliputi semua mangsa di kawasan banjir atas kekangan-kekangan tertentu.
 
Pendaftaran untuk dana bantuan banjir Tzu Chi telah DITUTUP, kami akan menjayakan pengagihan sumbangan ihsan mengikut senarai penerima yang telah kami luluskan secepat mungkin.

Kami berdoa agar semua mangsa banjir dapat memulihkan rumah dan kehidupan mereka secepat mungkin.

Terima kasih.


Dengan ikhlas,
Yayasan Tzu-Chi
18.01.2022

 

 

Pin It